Pages

Wednesday, September 29, 2010

fantasticapture.com blog!

Assalamualaikum. and Very Good Day!

Bismillah.


Pictures speak louder than words and thoughts unspoken are spilled in pictures. 

Kami dari fantasticapture.com  ingin mengalu-alukan kedatangan anda ke blog bergambar pertama kami. Blog ini merupakan inisiatif bagi fantasticapture.com untuk terus berkembang lagi selepas menerima beberapa feedback dan respond yang bagus daripada pelanggan kami.

 fantasticapture.com adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada dua org adik beradik yang ingin merakam saat-saat bahagia anda ke dalam sebuah memori yang tidak akan luput sampai bila-bila. Berbekalkan semangat dan pengalaman dalam bidang ini, fantasticapture.com merancang untuk lebih aktif dalam bidang fotografi perkahwinan.

fantasticapture.com terdiri daripada dua orang adik beradik iaitu:

  1. Fairuz - Principal Photographer
  2. Ayub  - Principal Photographer 

Selain daripada itu, kami juga mempunyai hobi dalam landscape/scenery fotografi. fantasticapture.com banyak meluangkan masa dalam bidang ini ketika percutian dan di hujung minggu. fantasticapture.com ingin menjemput semua untuk melawati laman flickr  kami yang disertakan di bawah blog ini.

Akhir kata, dalam meneruskan misi untuk melangkah lebih jauh dalam bidang fotografi perkahwinan, kami ingin mengajak semua pelawat dan teman-teman jurugambar untuk terus lebih aktif dan berkemahiran dalam bidang ini bagi memantapkan industri fotografi tanah air.